Sorting by

×

Kurung ‘cotton’ Ferlabel diminati ramai

Masa Membaca:2 Minit, 25 Saat

BUKIT BARU 18 Jun – Menampilkan kira-kira 100 corak pada baju kurung keluarannya membuatkan jenama Farlabel Exclusive kini menjadi pilihan ramai.

Baju kurung berasaskan fabrik ‘cotton’ premium itu kini semakin dikenali dan menjadi igauan khususnya buat kaum wanita dalam mencari persalinan menjelang hari raya.

Menurut Pengurus Ferlabel Exclusive Hairun Nisa Halik Chandra, meskipun usia Ferlabel yang dicetuskan oleh kakaknya Ferrah Andriana Halik Chandra, 35, tidak sampai lima tahun namun label dibawa mereka berkembang dengan cepat.

Katanya, sebelum memfokuskan sepenuhnya kepada kurung berasaskan fabrik ‘cotton’ itu, kakaknya terlebih dahulu menjalankan perniagaan butik namun susulan wabak COVID-19 skop perniagaan itu berubah.

“Butik itu bukan sahaja menjual kosmetik tetapi ada juga tudung, pakaian muslimah sebelum dibawa masuk baju kurung ‘cotton’. Tanpa diduga baju kurung fabrik ‘cotton’ kami laris terjual, bermula daripada situlah keluarnya Ferlabel.

“Fabrik ‘cotton’ kami yang premium dan selesa membuatkan menjadi pilihan ramai. Dengan beroperasi ditingkat atas bangunan rumah kedai kini Ferlabel sudah mempunyai butik sendiri,” katanya ketika ditemui di Butik Ferlabel di Pusat Perniagaan Putra Sentosa, Bukit Baru.

IMG_20230617_194859_933
Pengurus Ferlabel Exclusive, Hairun Nisa Halik Chandra (kanan) melayani pelanggan di Ferlabel Exclusive, Pusat Perniagaan Putra Sentosa, Bukit Baru. Foto Iqmal Haqim Rosman

Katanya, meskipun corak-corak yang diketengahkan Ferlabel mengikut tren semasa dan citarasa pengguna, namun identiti tradisional masih dikekalkan.

“Sememangnya kita mengikut tren tetapi pada masa sama tidak mahu sangat tukar identiti sedia ada, sebab itu corak bunga-bungaan diketengahkan sesuai digayakan dimana sahaja.

“Baju kurung kami ini dicari bukan sahaja pada musim perayaan tetapi hari biasa juga kerana pelanggan Ferlabel terdiri semua lapisan termasuklah mereka yang bekerja dan juga pelajar.

“Malah apa yang istimewanya baju kami juga digemari oleh masyarakat berbilang bangsa termasuk Cina dan India, malah ada diantara mereka adalah pelanggan tetap,” katanya.

Hairun Nisa berkata, selain mempunyai kepelbagaian corak yang membuatkan pelanggan ‘rambang mata’, Ferlabel juga menampilkan pelbagai rekaan antaranya baju Kurung Mini, Kurung Kedah, Kurung Riau dan Kurung Pahang.

IMG_20230617_194806_600
Pengurus Ferlabel Exclusive, Hairun Nisa Halik Chandra menunjukkan koleksi baju kurung cotton yang terdapat di Ferlabel Exclusive, Pusat Perniagaan Putra Sentosa, Bukit Baru. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Di Ferlabel ini kami menjanjikan harga mampu milik dan berpatutan yang setiap satunya di bawah RM100 yang mana selain menjual baju dewasa, di sini juga terdapat baju untuk kanak-kanak.

“Sudah semestinya menjadi impian kami untuk melebarkan perniagaan kami ini dengan mempunyai outlet lain termasuk di luar Melaka dalam masa tiga atau empat tahun akan datang,” katanya.

Ujarnya lagi, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan tiba tidak lama lagi Ferlabel menawarkan promosi sehingga 25 peratus untuk baju kurung fabrik ‘cotton’ di butik berkenaan.

“Potongan harga ini khas untuk pelanggan yang datang ke Butik Ferlabel Exclusive dan mereka boleh dapatkan baju kurung serendah RM60 untuk dewasa selain promosi akan berakhir pada 30 Jun ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2111
Kongsi :
Previous post Cadang Ayer Keroh jadi lokasi Taman Budaya Melaka
Next post Laksana prinsip MSPO, pastikan industri sawit terus diterima pasaran – Fadillah
Ubah saiz-+=