Kursus pendek dua bulan bantu lepasan SPM

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 1 Julai – Lebih 50 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Program Intro Career (PIC) anjuran Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), baru-baru ini.

Penyelaras Program, Radhi Amir berkata, program yang berlangsung selama dua bulan dan tamat pada 22 Jun lepas merupakan nilai tambah kepada pelajar sebelum meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, program itu menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelajar yang menunggu keputusan SPM, yang mana mereka dapat menimba pelbagai ilmu sebelum ke alam pengajian tinggi.

“Program ini memberikan pelajaran secara teori dan praktikal oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan pelajar dapat mengenal pasti potensi diri dengan mengembangkan bakat serta kemahiran mereka.

“Program ini turut bertujuan memberikan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sebenar kepada pelajar ke arah pekerjaan dalam industri.

“Pada masa sama, ia juga membuka peluang kepada pelajar membuktikan keupayaan mereka dengan mengaplikasikan teori yang dipelajar selama dua bulan di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, seorang pelajar, Muhammad Aizzad Zam Zam, 18, berkata menerusi kursus PIC itu, dia mendapat cukup berharga, di samping berpeluang memilih bidang yang diminati.

“Selain dapat mengisi masa terluang sementara menunggu keputusan SPM bakal tiba, saya dapat pelbagai ilmu dan pengalaman yang seronok menerusi program PIC ini.

“Program PIC ini menawarkan pembelajaran praktikal dimana saya mempelajari pelbagai teknik pengurusan lapangan terbang dan penyelenggaraan kepingan dan logam yang sangat penting dalam penerbangan,” katanya yang menerima Sijil Pengurusan Lapangan Terbang pada program terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1877
Kongsi :
Previous post Trem antara ikhtiar Melaka atasi kesesakan
Next post ‘No Right Turn’ akan dinilai dari pelbagai sudut – Exco
Ubah saiz-+=