Sorting by

×

KURSUS KAHWIN PERCUMA GALAK ORANG MUDA DIRIKAN RUMAH TANGGA

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 6 Januari – Program Insentif Pra-Perkahwinan percuma menggalakkan rakyat di negeri ini membangunkan institusi keluarga, sekali gus menjauhi perkara negatif.

Bakal memberi peluang kepada seramai 2,500 peserta terawal, program diseliakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ini diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada Bajet 2025 Negeri Melaka yang lalu.

Justeru, Melaka Hari Ini mendapatkan reaksi penduduk di negeri ini mengenai inisiatif tersebut yang mana memberi manfaat kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga.

Bagi Nuraisyah Aziz, 31, program ini secara tidak langsung menggalakkan anak-anak muda yang masih belum berkahwin untuk memasuki alam berumah tangga.

“Memang bagus apabila ada kursus kahwin secara percuma, zaman sekarang ramai yang tidak mahu berkahwin atas faktor tertentu, tetapi apabila ada kursus percuma ia dapat menarik minat peserta.

“Bukan hanya untuk berkahwin tetapi menerusi kursus ini mereka juga dapat ilmu yang bermanfaat dan sebagai persediaan melangkah ke alam berumah tangga,” katanya.

Sementara itu Suhaila Abdul Wahab, 46, berharap kursus kahwin secara percuma ini memberi peluang kepada anak-anak muda atau mereka yang belum berkahwin ilmu untuk mendirikan masjid.

“Bagi saya bagus sebab sekarang kos semakin meningkat, kursus kahwin juga perlukan bayaran, jadi apabila ditawarkan secar apercuma ia sudah pasti ramai yang berminat.

“Sebagai ibu saya sendiri ada empat orang anak, biarpun usia mereka masih remaja suatu hari nanti sudah tentu mereka juga ingin berkahwin, jadi inisiatif ini sangat bermanfaat jika teruskan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Manakala Muhammad Syaufiq Hanif Zaidi, 32, pula berkata dengan adanya inisiatif itu orang ramai lebih yakin untuk menyertai kursus kahwin.

“Inisiatif Kerajaan Negeri bagi kursus kahwin percuma sangat bagus, kadang-kadang orang bujang mahu kahwin mereka fikir banyak kali sebab perlu bayar.

“Jadi bila ada tawaran percuma, ini adalah peluang terbaik untuk orang bujang sertai kursus kahwin kerana ia permulaan untuk mendirikan rumah tangga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

620
Kongsi :
Previous post TUISYEN PERCUMA PANTAI KUNDOR DITERUSKAN
Next post WANITA MAUT, LAPAN LAGI CEDERA DALAM NAHAS BABITKAN LORI DAN MPV
Ubah saiz-+=