
Kursus dalam aliran bukan sains akan diubah bagi beri keterampilan kemahiran – Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkaraĀ ituĀ antara yang menjadi keutamaan kepada Kerajaan MADANI kerana melihat terdapat 1,344 institusi TVET di seluruh negara dengan 12 kementerian turut mengendalikan soal pendidikan itu.
āUntuk mahasiswa, apa yang diperlukan ialah kita akan merubah kursus-kursus yang diambil dalam liberal art atau aliran bukan sains untuk kita berikan keterampilan kemahiran, bukan sekadar kepada (pelajar) universiti malah juga (institusi) TVET lain seperti politeknik.
āSelain itu kitaĀ mempunyai Institut Kemahiran MARA bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan ini penting untuk memberikan peluang kepada pelajar dan bakal-bakal pekerja yang kita sebut sebagai guna tenaga penuh dalam negara,ā kata beliau padaĀ sesi dialog sempena penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Sesi itu turut disertaiĀ Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana MenteriĀ Datuk Seri Fadillah Yusof.
-Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata dengan komitmen Perdana Menteri yang berada di tahap tinggi untuk melihat seluruh rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan yang baik, beliau yakin perancangan ke arah perubahan itu akan benar-benar dapat dicapai.
āSaya pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sebanyak dua kali dan saya lihat Perdana Menteri (Anwar) ini berbeza dengan tiga orang Perdana Menteri sebelumnya.
āUntuk itu, dalam tempoh empat tahun mendatang jika rakyat terus bersatu dan semua menteri bekerja sebagai satu pasukan, saya amat yakin kestabilan politik bukan hanyaĀ dapt memacu pembangunan negara tetapi juga ekonomi dan peluang-peluang pekerjaan,ā kataĀ Ahmad ZahidĀ yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara.
Sementara itu, Fadillah berkata dalam memastikan kemahiran mereka selari dengan keperluan pekerjaan pada masa depan, para pelajar disarankan agar mengkaji setiap dasar dan inisiatif kementerian bagi memastikan mereka dapat melengkapkan diri dengan ilmu dan kepakaran terkini.
āMisalnya di sektor peladangan dan komoditi, peluang (pekerjaan) yang ada ialah berhubung kepakaran anak muda menggunakan automasi dan mekanisasi. Selain itu kepakaran dalam penghasilan baja yang bersifat mesra alam dan mampu milik agar boleh digunakan petani untuk meningkatkan produktiviti mereka.
āInilah perkara yang diharapkanĀ daripada generasi muda yang sedang menuntut ilmu di universiti agar mereka dapat meningkatkan kepakaran dan kemahiran demi masa depan negara,ā katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.