Kurangkan 45 peratus sisa pepejal di tapak pelupusan
AYER KEROH 21 Ogos – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan 40 peratus kutipan kitar semula di seluruh negara menjelang tahun 2025.
Pengerusinya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata matlamat itu akan ditingkatkan memandangkan statistik kutipan kitar semula pada tahun ini pada kadar 32 peratus.
Ujarnya, pihak SWCorp akan terus menggandakan usaha bagi mencapai matlamat jangka pendek itu dengan melaksanakan pelbagai program kesedaran masyarakat dalam aktiviti kitar semula.
“Matlamat kita di SWCorp adalah untuk mengurangkan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah dapat dicapai.
“Jadi dengan kerjasama daripada pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga ke komuniti akan dilaksanakan untuk mencapai 40 peratus kutipan kitar semula menjelang tahun 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Kemuncak Hari Kitar Semula Sisa Fabrik 2022 di Dataran MBMB, Graha Makmur.
Majlis itu dirasmikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Ismail Mokhtar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
USIA 56 TAHUN BUKAN PENGHALANG SAMBUNG BELAJAR
AYER KEROH 15 Januari - Anak kelahiran Melaka, Andrea Esley Teoh Ho Piat membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk dia...
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...