Sorting by

×

Kurang satu peratus kediaman tidak terjual

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

PENGKALAN BATU 22 Julai – Kurang satu peratus daripada keseluruhan projek perumahan yang sudah siap di Negeri Melaka masih belum mempunyai pembeli.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, perkara itu dapat diminimakan kerana pembangunan projek perumahan oleh pemaju di Melaka memenuni dan mengikut kehendak pelanggan.

“Tidak ada lambakan kediaman di Negeri Melaka, kalau ikutkan setakat ini kurang satu peratus yang belum dijual.

“Ia membabitkan unit pangsapuri dan kondominium, untuk rumah jenis ‘landed’ banyak sudah dijual. Pemaju di Negeri Melaka ini kebanyakkan adalah orang tempatan dan mereka tahu apa pembeli mahu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Ekspo Perumahan dan Hartanah (MAPEX) Negeri Melaka 2023, di sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Zulkifli Mohd Zin; Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Melaka Datuk Ng Choon Koon; Penganjur MAPEX Datuk Ngoh Chun How; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) Mohd Salleh Hamidom serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Sementara itu Rais berkata, perbincangan bersama perlu dilakukan bagi meneliti permintaan menaikkan harga rumah mampu milik daripada pemaju yang disuarakan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

“Ada pelbagai jenis rumah mampu milik berharga antara RM70,000 hingga RM250,000 ditawarkan di pasaran ketika ini. Jika REHDA mahu naikkan harga kita kena lihat kategori yang mana atau kesemuanya, tetapi saya minta kita sama-sama duduk berbincang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

898
Kongsi :
Previous post Pencarian jaguh menembak tentera darat
Next post MAPEX realisasi impian miliki rumah
Ubah saiz-+=