Kurang 10 peratus pelajar tingkatan 5 di Melaka tidak hadir sekolah

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 20 Jan. – Hari pertama sesi persekolahan bagi calon yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di negeri ini menunjukkan peratusan memuaskan iaitu 90.25 peratus daripada keseluruhan 11,110 pelajar di sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPN Melaka Karim Tumin berkata, data itu diperoleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka mengenai kehadiran pelajar Tingkatan 5 (2020) daripada 77 buah sekolah menengah di negeri ini.

“Hanya 9.75 peratus pelajar sahaja yang tidak hadir ke sekolah pada hari pertama atas sebab-sebab tertentu.

“Kesemua mereka telah dihubungi pihak sekolah dan memaklumkan antaranya berdepan masalah kesihatan sebelum diarahkan menjalani sesi pembelajaran dari rumah (BDR),” katanya.

PELAJAR dilihat mematuhi SOP PKP 2.0 pada hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru. Foto: MR. AZLI

Menurut beliau, keseluruhannya terdapat seramai 11,436 pelajar akan menduduki SPM 2020 termasuk, 326 pelajar persendirian dan swasta.

Sementara itu, Karim berkata, peratusan kehadiran pelajar tingkatan 6 juga memuaskan iaitu sebanyak 93.68 peratus.

“Untuk hari pertama ini terdapat dua kategori pelajar tingkatan 6 perlu hadir ke sekolah iaitu pelajar tingkatan 6 sesi 2020 dan juga 2021.

“Secara keseluruhan terdapat seramai 2,803 pelajar tingkatan 6 di Melaka yang merangkumi 1,519 pelajar tahun 2020 dan baki 1,284 merupakan pelajar bagi tahun 2021,” katanya.

Views:

1884
Kongsi :
Previous post Polis pantau rapi 12 ‘jalan tikus’ di Melaka
Next post PERKEP salur 73 kit makanan untuk anggota dan kakitangan positif COVID-19
Ubah saiz-+=