Sorting by

×

Kunjungan Duta Romania Ke UTeM mantapkan usaha jalinan kolaborasi strategik

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

DURIAN TUNGGAL 20 April – Kunjungan Duta Besar Romania ke Malaysia, Nineta Barbulescu ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memantapkan usaha ke arah jalinan kolaborasi strategik antara universiti ini dan institusi pendidikan Romania.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Massila Kamalrudin dan barisan pengurusan tertinggi UTeM di Bangunan Canselori, kampus induk UTeM, baru-baru ini.

Dr Massila berkata, kunjungan itu bertumpu kepada usaha jalinan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dengan merangka beberapa beberapa strategi dan pengisian berhubung aspek pengajian tinggi antara kedua-dua negara serta memberikan impak bersama.

Katanya, usaha ini adalah seiringan dengan pengukuhan dimensi kemajuan akademik, penyelidikan dan inovasi bersama melibatkan kedua-dua buah negara dari rantau yang berbeza.

“Kedua-dua pihak turut berhasrat merealisasikan beberapa program penyelidikan inovasi aras tinggi merentas sempadan global melalui peluang penyelidikan tenaga solar di Romania dan Biasiswa Kerajaan Romania,” ulasnya lagi dalam kenyataan yang diberikan baru-baru ini.

Mengulas lanjut Dr Massila berkata, usaha UTeM ini turut selari dengan aspirasi Kementerian Pengjian Tinggi (KPT) yang mengharapkan universiti awam terus memantapkan jaringan kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, Nineta Barbulescu berkata amat menghargai kerjasama hubungan strategik yang akan terjalin antara UTeM dan Romania dan beliau turut menzahirkan rasa kagum terhadap kemajuan dan kemodenan fasiliti serta persekitaran kondusif UTeM.

Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Profesor Dr. Zulkifilie Ibrahim, Pengarah Pusat Antarabangsa, Profesor Ts. Dr. Burhanuddin Mohd Aboobaider dan pengurusan tertinggi UTeM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1102
Kongsi :
Previous post Tiada peralatan dikesan digunakan pelarian Rohingya lari dari depot – KP JIM
Next post Polis Kedah siasat punca insiden tahanan lolos
Ubah saiz-+=