Kumpulan Penyelidik UTeM Ungguli MTE, rangkul 15 pingat

Masa Membaca:1 Minit, 54 Saat

DURIAN TUNGGAL 6 April – Kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengungguli Malaysia Technology Expo (MTE) Virtual 2022 dengan merangkul 15 pingat dan satu anugerah khas.

MTE 2022 Virtual menyaksikan kumpulan pencipta inovasi seluruh dunia mengetengahkan ciptaan produk inovasi mereka yang berimpak global.

Acara itu berjaya menarik lebih 700 penyertaan dari 18 buah negara dan diadakan secara dalam talian pada 21 hingga 25 Mac lalu.

MASSILA

Naib Canselor UTeM, Prof Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, pencapaian itu amat membanggakan berikutan semua produk inovasi menyertai pertandingan berjaya merangkul pingat.

“Kejayaan ini melonjakkan jenama UTeM dan pengiktirafan berprestij kepada hasil kumpulan penyelidik yang beraksi cemerlang serta komited menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi dunia.

“UTeM mencatatkan kejayaan cemerlang di MTE 2022 dengan membawa pulang tujuh pingat emas, enam pingat perak dan dua pingat gangsa serta satu anugerah khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Prof Dr Ghazali berkata, produk Hygienic Portable Female Urinal Device (HPFUD) diketuai Prof Ir. Dr. Hambali Arep@Ariff memenangi anugerah khas.

Katanya, enam pingat emas dimenangi UTeM  menerusi produk Smart Sit-Stand Exoskeleton diketuai Dr Isa Halim dan High-Q Microwave Resonator Sensor for Material Characterization yang diketuai Dr Maizatul Alice Meor Said.

“Solar-Based Melaka River Cruise diketuai Atikah Razi dan Optimization Tools of Refresh Rate Towards Dust Exposure of PA12 SLS Handling Process (Op-Refresh) diketuai Dr Amir Abdullah Muhamad Damanhuri.

“Dua produk lagi adalah AI Smart Learning diketuai Dr Haslinah Mohd Nasir dan Diabetic Retinopathy Consultation System (DRCS) diketuai Dr Sarni Suhaila Rahim,” katanya.

Enam pingat perak dimenangi menerusi produk Intelligent PD Antenna With Integration of Noise Suppression Patches in Combination With Hybrid PD SOM And Statistical Extraction Features Classification for Power Transformer, Enaupolyla: Eco-Filament Of Fused Deposition Modeling, Soap -Waste Cooking Oil Based (SWOB), Smart Filtration Box For Waste Cooking Oil, Cool Sound: Cooling Technology Without Refrigerants dan Oleophilic Polymer Waste – Oil Solidifier (OPWOS).

Manakala pingat gangsa pula dimenangi menerusi produk Prosaver (Proxy-Based Space Saving) dan 4 Axis Microplasma 3D Metal Printer / Metal Additive Manufacturing.

Untuk rekod MTE 2022 Virtual merupakan anjuran PROTEMP Exhibition and Conferences yang disokong Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan beberapa kementerian berkaitan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1375
Kongsi :
Previous post 40 peniaga dapat lesen berniaga
Next post Aidilfitri: 4.7 juta kenderaan dijangka berada di jalan raya – Bukit Aman
Ubah saiz-+=