Sorting by

×

Kuih tradisional, dodol air tangan wanita Jasin

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SUNGAI RAMBAI 21 Mac – Seramai 100 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan menghasilkan kuih paling enak pada penganjuran Festival Kuih Tradisional bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dijadual berlangsung di Dataran Riverside Sungai Rambai 30 Mac ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis berkata, festival kali ini berbentuk pertandingan dan peserta mengambil bahagian perlu menyediakan kuih tradisional yang sudah ditetapkan untuk mereka.

Katanya, sebanyak empat kuih tradisional sudah dikenal pasti dan akan dipertandingan iaitu rempeyek, bahulu, kuih karas serta kuih bakar berempah.

“Alhamdulillah jumlah penyertaan yang diterima amat menggalakkan, borang diedarkan habis dalam masa satu hari, malah masih ada lagi permintaan.

“Ada 20 pasukan mengambil bahagian, setiap pasukan ini ada lima orang, paling menarik semuanya adalah wanita yang juga anak jati daerah Jasin,” katanya ketika turun padang meninjau lokasi festival di Dataran Riverside Sungai Rambai.

Photo1711003962
DATARAN Riverside Sungai Rambai. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Siti Faizah yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, selain kuih tradisional turut diadakan pertandingan kacau dodol hanya membabitkan penyertaan kaum wanita sahaja.

Bagi pertandingan itu pihaknya menyediakan 20 kawah dan penyertaan pula membabitkan masyarakat setempat selain wakil beberapa agensi Kerajaan Negeri.

“Bahan mentah asas penganjur akan sediakan dan ia terpulang kepada kreativiti peserta untuk menghasilkan dodol bagi menambat hati juri,” katanya.

Jelas beliau, penyertaan wakil agensi Kerajaan Negeri diharap dapat mengeratkan lagi hubungan baik dengan masyarakat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

234
Kongsi :
Previous post Dua MoU pembangunan German Technology Park
Next post German Technology Park Melaka tawar 10,000 peluang pekerjaan
Ubah saiz-+=