
Kucing watak utama video hari raya Prasarana
KUALA LUMPUR 28 April. – Si ‘bulus’ sekali lagi diangkat menjadi ikon Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebagai watak utama dalam video Aidilfitri Prasarana yang menyerlahkan tema kongsi rezeki.
Video berdurasi tiga minit tersebut yang ditayangkan pada majlis berbuka puasa bersama media malam ini menyampaikan mesej kemasyarakatan iaitu berkongsi rezeki untuk kesejahteraan bersama khususnya dalam menghadapi kehidupan mencabar impak daripada penularan wabak COVID-19.
Menggunakan perspektif beberapa kucing yang dinamakan ‘Oyen’ di stesen LRT, cerita kemudian dikembangkan dengan inisiatif Prasarana dan stafnya berkongsi rezeki dengan peniaga, anggota barisan hadapan dan kucing-kucing di stesen.
Video itu akan dimuat naik dalam semua platform laman sosial rasmi Prasarana bermula Jumaat ini.
Seramai 100 pengamal media hadir pada majlis berbuka puasa itu yang turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datin Norlia Noah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA DESTINASI SUKAN DAN WARISAN
TANJUNG BIDARA 13 April - Penganjuran sukan memanah tradisional mampu memperkenalkan lagi Melaka sebagai destinasi sukan dan warisan, sekali gus...
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...