Kucing simbol #RasuahBusters merakyatkan kempen jauhi rasuah
Ketua #RasuahBusters Datuk Hussamuddin Yaacub berkata pemilihan kucing sebagai ejen untuk kempen menjauhi rasuah yang diusahakan pihaknya sejak setahun lepas adalah sesuai kerana sikap haiwan itu yang sentiasa cakna dan berwaspada dengan keadaan persekitaran.
“Tanggungjawab untuk menjaga dan memastikan khazanah negara tidak lagi dikhianati, (kerana rasuah) ini boleh kita lihat pada karakter kucing itu yang waspada kepada sesuatu keadaan,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media Ejen Meow #RasuahBusters yang disiarkan melalui Facebook Sinar Harian, hari ini.
Hussamuddin berkata selain mempunyai sifat yang jinak dan disukai manusia, binatang peliharaan itu juga boleh diharapkan untuk menangkap binatang perosak dan berbahaya seperti tikus dan ular.
“Kita harap dengan Ejen Miow ini, orang semua mempunyai kesedaran tanggungjawab untuk menangkap tikus-tikus dan ular ini (pemberi dan penerima rasuah),” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘TUAH’ BAKAL TIMANG ANAK KEDUA
AYER KEROH 22 Disember - Johan Cabaran Joran Melaka 2024 menganggap kemenangannya sebagai rezeki anak kedua yang bakal lahir pada...
750 SERTAI CABARAN JORAN MELAKA 2024, TASIK AYER KEROH ‘PORT BAHARU’ MEMANCING
AYER KEROH 22 Disember - Seramai 750 peserta menyertai pertandingan memancing pada Cabaran Joran Melaka 2024 sempena Tahun Melawat Melaka...
LARIAN BUDAYA DUYONG LUAR BIASA, PECAH REKOD MBOR
DUYONG 22 Disember - Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024 berjaya mencipta rekod dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records...
KANAK-KANAK MAUT, MOTOSIKAL DINAIKI EMPAT BERANAK TERLIBAT KEMALANGAN
BATU PAHAT 22 Disember - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala bapa dan dua lagi kanak-kanak cedera selepas motosikal...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA LEBIH LUAR BIASA TAHUN HADAPAN
DUYONG 22 Disember - Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita akan diangkat menjadi acara Kerajaan Negeri bersempena penganjuran Hari Pelancongan Sedunia...
DUA NELAYAN HILANG DITEMUKAN SELAMAT DI PERAIRAN INDONESIA
GEORGE TOWN 22 Disember - Dua nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai...