KUBONG TERSANGKUT KAWAT BERDURI DISELAMATKAN APM

Masa Membaca:48 Saat

TABOH NANING 6 November – Seekor kubong yang cedera akibat tersangkut pada pagar yang dipasang kawat berduri, diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah, baru-baru ini.

Dalam kejadian di Kampung Taboh Naning, haiwan liar itu cedera pada bahagian kanan badan akibat tersangkut pada kawat dan tidak dapat melepaskan diri.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Shahrulnizam Mad Shah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu sebelum menggerakkan tiga anggota ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati spesies haiwan liar yang turut dikenali sebagai Sunda Flying Lemur itu masih tidak dapat terbang dan mengalami kecederaan pada badan.

“Anggota APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menyelamatkan haiwan itu yang agresif ketika operasi menyelamat dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, ia merupakan kes pertama diterima APM Alor Gajah membabitkan kubong di daerah tersebut.

Menurutnya, haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Melaka untuk tindakan selanjutnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

175
Kongsi :
Previous post ECO CRUISE SUNGAI LINGGI JADI PILIHAN PELANCONG HUNGARY
Next post MELAKA NEGERI TERAWAL LAKSANA SISTEM E-TANAH SECARA PFI
Ubah saiz-+=