Kuasa menahan dan menangkap akan perkukuhkan tugas TDM
Gerik, 16 Apr – Tentera Darat Malaysia berharap mendapat hak kuasa memeriksa,menahan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh sempadan daratan negara.
Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata hak kuasa itu penting bagi memastikan tugasan yang dilaksanakan pasukannya mampu menangkis sebarang cubaan pencerobohan dan penyeludupan berlaku di sempadan negara.
“Kita (Tentera Darat) telah masih di dalam proses bagi memohon kelulusan hak kuasa itu daripada Majlis Keselamatan Negara.
“Hak kuasa ini amat diperlukan di kawasan operasi seperti di sempadan Thailand dan di sempadan Kalimantan,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pasukannya di Markas Taktikal 749 Kem Sri Banding, semalam.
Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan beg dan bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) yang sedang melaksanakan Operasi Benteng Kota Foxtrot/Echo dan Op PAGAR III.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
