KUAM 2024: 40 ASET UDARA DIPAMER

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MASJID TANAH 17 Oktober – Lebih 40 pelbagai jenis aset udara akan dipamerkan sepanjang berlangsungnya Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, dari 31 Oktober hingga 3 November depan.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, KUAM 2024 melibatkan penyertaan hampir 400 agensi, jabatan dan kelab penerbangan.

Sementara itu Hameed berkata, pihaknya menjangkakan KUAM 2024 yang disusun supaya lebih meriah mampu menarik sehingga lebih 100,000 orang pengunjung.

Whatsapp Image 2024 10 16 At 9.35.03 Pm
HAMEED.

Katanya, selain pesawat udara antara yang dijangka akan mencuri tumpuan pada KUAM 2024 adalah aset milik Tentera Darat Malaysia (TDM) yang belum pernah dipamerkan sebelum ini seperti kenderaan berperisai dan motosikal klasik yang digunakan ketika perang dunia pertama dan kedua.

“Selain itu kita bawakan ‘drone doccer’ (bola sepak); simulator jet pejuang dan pameran senjata api serta pelbagai lagi membabitkan bidang penerbangan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, penganjuran KUAM 2024 juga tidak akan menggangu jadual pendaratan mana-mana pesawat komersial yang berlepas atau mendarat di LTAM.

“Kita telah memastikan tapak penganjuran KUAM 2024 dan lokasi pesawat mendarat diasingkan, tidak akan ganggu penerbangan. Hal itu kerana penerbangan Scoot di LTAM membabitkan di sebelah awal pagi dan lewat malam sahaja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

832
Kongsi :
Previous post USAHAWAN SIPUT SEDUT DARI KAMPUNG PANCHOR
Next post UTEM-TEXAS INSTRUMENT TERUS PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA
Ubah saiz-+=