KSM terima 7,500 permohonan pekerja asing sektor perladangan

Masa Membaca:55 Saat

PUTRAJAYA, 5 Feb – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima sejumlah 7,500 permohonan pekerja warga asing bagi sektor perladangan kelapa sawit secara pengecualian khas sejak 28 Jan hingga semalam.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata terdapat juga permohonan yang tidak dapat dipertimbangkan kerana permohonan itu adalah daripada majikan yang tidak layak menggajikan pekerja warga asing iaitu syarikat koperasi dan syarikat penyumberan luar.

“Saya juga ingin mengingatkan semua majikan bahawa semua permohonan perlulah diisi sendiri oleh majikan dan tidak menggunakan khidmat mana-mana agensi pekerjaan swasta.

“Perkhidmatan agensi pekerjaan swasta hanyalah sebagai pemudah cara dan tidak boleh membuat permohonan penggajian pekerja warga asing bagi pihak majikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Saravanan berkata KSM turut menerima permohonan daripada majikan dalam sektor lain yang mana permohonan cuma akan dibuka mulai 15 Feb ini.

Terdahulu, pada 15 Jan lepas Saravanan dilaporkan berkata permohonan secara dalam talian, menerusi laman web www.fwcms.com.my, bagi pengambilan pekerja asing seramai 32,000 orang untuk kuota sektor perladangan secara pengecualian khas dibuka bermula 28 Jan.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1141
Kongsi :
Previous post UMNO ada strategi tersendiri perkenal calon, tak perlu terikut-ikut parti lain
Next post Bekalan telur ayam cukup, harga pula naik
Ubah saiz-+=