Krubong Heights Fasa 3: Kediaman ideal, selesa dan selamat

Masa Membaca:2 Minit, 15 Saat

PAYA RUMPUT 13 Mei – Pemaju Perumahan PB Realty Sdn Bhd melancarkan jualan rumah di Krubong Heights Fasa 3, Presint Pelangi 3, yang menjadi satu lagi kawasan perumahan ideal untuk didiami.

Menurut Pengarah Perancangan PB Realty Sdn Bhd, Jonathan Poh Zhi Huang, projek fasa 3 itu menawarkan sebanyak 112 unit rumah merangkumi 54 jenis villa berkembar dan 58 jenis rumah teres dua tingkat untuk jualan.

Lebih istimewa katanya, kediaman berkonsep mewah itu sesuai untuk mereka yang mencari kediaman dengan konsep mewah, tenang, selamat, selesa dengan kelebihan fasiliti tersedia seperti kolam renang, ‘clubhouse’, taman rekreasi serta kolam buatan.

“Secara keseluruhan, sebanyak 356 unit rumah dibangunkan, namun untuk peringkat awal hanya 112 unit sahaja dibuka kepada orang ramai dan baki selebihnya akan dibuka pada masa akan datang.

“PB Realty menawarkan villa berkembar dengan keluasan 40′ x 80′ dengan ruang yang disediakan merangkumi empat bilik tidur dan empat bilik air dengan harga bermula dari RM888,000.

“Manakala rumah teres dua tingkat menawarkan ruang tamu yang luas antara dua dimensi tersedia iaitu 22′ x 72.5′ dan 22′ x 70′ beserta empat bilik tidur dan tiga bilik air dengan harga bermula dari RM573,000,” katanya pada Majlis Pelancaran Krubong Heights Fasa 3 Presint Pelangi 3, di sini, semalam.

Whatsapp Image 2024 05 12 At 18.29.37
RUMAH contoh villa berkembar di Krubong Heights Fasa 3 yang menawarkan keluasan 40′ x 80′.

Hadir sama, Pengarah Urusan PB Realty Sdn Bhd Datuk Seri Poh Geok Seng bersama isteri Datin Seri Lim Poh Poh dan kenamaan lain.

Pada majlis pelancaran itu juga pelbagai aktiviti buat semua golongan tersedia dan lebih menarik lagi acara cabutan bertuah turut diadakan.

Menurut Jonathan, sebagai pemaju perumahan diyakini, PB Realty Sdb Bhd turut menawarkan pelbagai ciri nilai tambah kepada pembeli yang berorientasikan kediaman untuk keluarga.

Jelasnya, dengan status pegangan bebas (freehold) dan kemudahan komprehensif yang disediakan, Krubong Heights Fasa 3 Presint Pelangi 3 merupakan kediaman yang ideal, selesa dan selamat.

“Di sini kami turut memberi jaminan keselamatan menerusi kawasan berpagar dan pengawal keselamatan yang berkawal setiap masa, selain ciri-ciri nilai tambah dengan memberi kemudahan kepada pembeli seperti penyediaan kunci digital, jubin dinding ketinggian penuh, balkoni dengan kaca terbaja, ‘water booster pump’ serta pelbagai lagi,” katanya.

Whatsapp Image 2024 05 12 At 18.19.29
JONATHAN

Tambahnya, pemaju turut memberikan tawaran istimewa kepada pembeli terawal yang membuat tempahan, seperti percuma perjanjian jual beli (SPA) dan yuran guaman perjanjian serta duti setem pinjaman dan yuran pengeluaran serta pelbagai lagi faedah tambahan.

“Secara keseluruhannya, menerusi harga yang berpatutan, rumah-rumah yang tersedia ini sudah pasti merupakan pilihan terbaik kepada pembeli yang mencari ruang kediaman luas, selesa dalam komuniti kediaman yang serba lengkap,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

264
Kongsi :
Previous post Ops Rempit: JPJ, polis sita 79 motosikal
Next post JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Ubah saiz-+=