KRONOLOGI KES TUMPAHAN MINYAK TANJUNG TUAN

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

13 OKTOBER 2020
– Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka melaporkan insiden tumpahan minyak berlaku 200 meter sekitar hutan paya laut Tanjung Tuan yang turut menjejaskan lokasi pelancongan di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

14 OKTOBER 2020
– Ratusan sukarelawan daripada 15 agensi turun padang untuk bersama-sama menjalankan kerja membersihkan tumpahan minyak.

15 OKTOBER 2020
– Melaka membuka kertas siasatan bagi mengesan dan mendakwa pihak yang bertanggunjawab terhadap tumpahan minyak.

16 OKTOBER 2020
– Kerja-kerja pembersihan pantai kerap dilaksanakan menggunakan kaedah pemasangan perangkap ‘absorbent boom’ ketika paras air laut mulai surut.
– Pada peringkat awal, sebahagian sukarelawan mengelap batang dan akar pokok bakau menggunakan ‘absorbent pad’ bagi menyerapkan minyak yang melekat.

17 OKTOBER 2020
– Jabatan Laut Malaysia menyifatkan tumpahan yang berlaku ketika itu sebagai yang terbesar berlaku di pinggir pantai di negara ini berbanding tumpahan yang di tengah laut.
– Dianggarkan 10 tan metrik isipadu sisa minyak mencemari pantai sekitar Tanjung Tuan dan ia merupakan kes yang sukar diatasi memandangkan berlaku di pesisir hutan paya laut.

19 OKTOBER 2020
– Pusat operasi diarahkan tutup setelah kesemua 18 agensi terlibat berpuas hati dengan kerja membersihkan kawasan itu daripada tumpahan minyak hitam yang menelan belanja lebih RM100,000.

30 OKTOBER 2020
– Empat kapal dikenal pasti didakwa terlibat dalam tumpahan minyak yang berlaku. Sampel yang diterima telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti

16 MAC 2021
– JAS mengklasifikasikan punca pencemaran yang berlaku sebagai ‘minyak hanyut’ selepas hasil analisa sampel minyak dijalankan tidak dapat mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan pencemaran itu.
– JAS Melaka menyarankan kerajaan negeri mengenakan syarat dan caj sumbangan daripada aktiviti perkapalan di negeri ini terutama ‘Ship to transfer’ (STS) bagi mencegah dan menangani sebarang kes tumpahan minyak pada masa akan datang.
– JAS turut mencadangkan kerajaan negeri perlu mewujudkan dana khas sebagai persediaan mengawal dan memulihkan sebaran kejadian pencemaran akibat tumpahan minyak selain mengemaskini Pelan Tindakan Pembersihan Minyak (PTPP) peringkat negeri.

(Sumber: Laporan Melaka Hari Ini)

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4786
Kongsi :
Previous post ‘Kelahiran semula’ Hutan Simpan Tanjung Tuan
Next post SMK Rahmat didik pelajar celik masa depan, jauhi dadah
Ubah saiz-+=