Sorting by

×

KPN tetapkan SOP baharu rumah ibadat bukan Islam

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PUTRAJAYA 11 Mei. – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi rumah ibadat bukan Islam susulan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa esok hingga 7 Jun ini.

KPN dalam kenyataan memaklumkan SOP berkenaan adalah pindaan terhadap SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam sedia ada yang diluluskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal KPN bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Menurut KPN, pindaan adalah melibatkan bilangan kehadiran penganut adalah tidak melebihi 50 orang bagi rumah ibadat yang boleh memuatkan lebih 1,000 penganut manakala 20 orang bagi rumah ibadat yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 penganut.

“Tempoh waktu sembahyang di rumah ibadat bukan Islam adalah dari 6 pagi hingga 2 petang dan 4 petang hingga 10 malam,” menurut kenyataan itu.

Badan pengurusan rumah ibadat turut diingatkan untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum dan selepas aktiviti sembahyang diadakan.

Menurut KPN, Pegawai Perpaduan yang dilantik sebagai Pegawai Pemantau di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan melakukan pemantauan SOP.

KPN turut memetik peringatan Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique yang mahu semua badan pengurusan dan penganut rumah ibadat bukan Islam mematuhi SOP selain menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal diamalkan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

801
Kongsi :
Previous post Kertas siasatan Neelofa dan suami dihantar ke Pejabat Peguam Negara
Next post Kompaun terus golongan ‘kayangan’ langgar SOP – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=