KPKM, Melaka fokus majukan sektor agromakanan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 1 Julai – Naik taraf Kompleks Teknologi Pertanian Sungai Udang dan projek sekuriti makanan pertanian di Melaka antara topik perbincangan ketika Ketua Menteri, Datuk  Seri Utama Ab Rauf Yusoh menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.

Turut menjadi perbincangan mengenai sektor penternakan dan pembenihan ikan air tawar di negeri ini bagi membantu meningkatkan projek agromakanan di Melaka.

Kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Kerajaan Negeri itu merupakan inisiatif ‘Quick Win’ bagi pembangunan sektor itu.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Md Azhan Samat; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Datuk Nor Sam Alwi; Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia, Amir Matamin dan lain-lain kenamaan.

Pada kunjung hormat itu Arthur turut menyerahkan mock cek bernilai RM21.3 juta kepada Ab Rauf bagi enam projek melibatkan Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

65
Kongsi :
Previous post Anggota polis diarah bela diri kes rasuah
Next post Kahwin ikut adat Melayu masih relevan
Ubah saiz-+=