KPDNHEP P.Pinang rampas set karaoke bernilai RM140,000
BUKIT MERTAJAM, 23 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai peralatan set karaoke yang mengandungi salinan langgaran bagi kegunaan perniagaan bernilai RM140,000 dalam serbuan di Juru di sini, semalam.
Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata serbuan ke atas dua premis hiburan di Jalan Perusahaan Juru Autocity dan Jalan Icon City di sini pada pukul 4 petang itu, dilakukan bersama wakil dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) susulan aduan wakil pemilik hak cipta.
“Pemeriksaan ke atas sebuah pusat karaoke keluarga dan sebuah restoran yang turut menawarkan sesi karaoke itu, mendapati mereka memiliki set karaoke yang mengandungi salinan langgaran bagi kegunaan perniagaan.
“Sehubungan itu, kami merampas dua unit set karaoke, amplifier (dua unit), televisyen (dua unit), speaker (empat unit) dan enam unit mikrofon yang kesemuanya bernilai RM140,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut merekodkan keterangan dua lelaki berusia 30-an yang merupakan pekerja di dua premis tersebut bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LADANG NANAS PREMIUM KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Berkonsep mendidik pengunjung mengenai pertanian nanas, Ladang Nanas Fionanas, Nusa Dusun di sini, antara lokasi...
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....