
KPDNHEP jamin bekalan barang keperluan cukup sepanjang PKP
PUTRAJAYA 21 Mei. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan barang keperluan pengguna adalah mencukupi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini atau PKP 3.0.
Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai Bahagian Penguat kuasa, bekalan barang-barang keperluan utama adalah mencukupi.
“Sehubungan itu, KPDNHEP ingin menasihati pengguna supaya membuat pembelian secara biasa dan dalam kuantiti yang perlu sahaja.
“Sebarang perubahan tingkah laku pengguna seperti membuat pembelian banyak dan tergesa-gesa akan menyebabkan gangguan terutama untuk rantaian bekalan setempat yang mencetuskan situasi panik dalam kalangan pengguna sedangkan ia bukan disebabkan oleh masalah bekalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun.
Azman berkata KPDNHEP sentiasa membuat pemeriksaan harian di seluruh negara bagi memastikan kecukupan bekalan terutama dalam tempoh pelaksanaan PKP.
Menurutnya, pegawai penguat kuasa juga membuat pemantauan harian terhadap 2,711 peruncit terpilih daerah, 1,039 pemborong terpilih daerah dan 233 pengilang atau pengeluar terpilih daerah.
“Sehingga kini tiada situasi gangguan bekalan di peringkat pengeluar dan pengilang dikesan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...