Sorting by

×

KPDNHEP buka kertas siasatan farmasi jual kit ujian COVID-19 melebihi harga siling

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 27 Sept – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri menjalankan 86 pemeriksaan penjualan kit ujian pantas antigen COVID-19 bagi memantau pematuhan harga siling.

Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar berkata, daripada jumlah itu 85 premis mematuhi harga kawalan ditetapkan, manakala sebuah premis menjual melebihi harga siling kit ujian itu.

“Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Melaka telah menjalankan 86 pemeriksaan terhadap ‘COVID-19 Self Test Kit’ di seluruh negeri ini bermula 5 September lalu hingga semalam.

“Kita dapati sebuah premis di Durian Tunggal menjual kit ujian pantas antigen COVID-19 tidak mengikut harga yang telah diwartakan iaitu RM34 seunit.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Tindakan ini diambil bagi memastikan segala undang-undang yang dikuatkuasakan dipatuhi oleh semua peringkat perniagaan dan dijadikan pengajaran,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pemeriksaan harga kawalan kit ujian pantas antigen COVID-19 di pusat beli belah Aeon Bandaraya Melaka, di sini hari ini.

Jelasnya, semasa melakukan lawatan pemeriksaan terdapat segelintir farmasi yang menjual kit ujian pantas antigen COVID-19 di bawah harga siling.

“Semasa saya membuat rounding (lawatan), ada sesetengah farmasi yang menjual kit ujian ini dengan harga RM14.90, harganya bawah lagi dari harga borong.

“Jadi di sini, mereka (pemilik farmasi) amat memahami hasrat kerajaan untuk membantu pengguna bersama-sama mengurangkan bebanan kos dalam waktu sekarang ini,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

797
Kongsi :
Previous post Enam negeri kurang membangun diberi keutamaan
Next post Ketua ajaran PMYT seru pengikutnya bertaubat
Ubah saiz-+=