KPDN Melaka keluarkan kompaun RM91,000 tahun lalu
KESIDANG 16 Januari – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka mengeluarkan kompaun berjumlah lebih RM91,150 sepanjang tahun lalu.
Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar berkata, jumlah kompaun itu adalah hasil 317 operasi dan pemeriksaan dijalankan di 30,021 premis perniagaan seluruh negeri ini.
“Sepanjang 2022 juga kami merekodkan rampasan bernilai RM4,925,249.50 yang dilakukan mengikut akta dibawah KPDN.
“Tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 merekodkan kesalahan tertinggi dengan 189 kes, diikuti Akta Pelindungan Pengguna (APP) 1999 (49 kes) dan Akta Timbang dan Sukat 1972 (46 kes).
“Jumlah kompaun tertinggi dikeluarkan juga mengikut AKHAP 2011 dengan nilai RM35,600, diikuti Akta Kawalan Bekalan 1961 sebanyak RM30,000 dan APP 1999 berjumlah RM12,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2023 yang disempurnakan Exco Perpaduan Pembangunan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem, di sebuah pusat jualan borong, di sini, hari ini.
Norena berkata kejayaan operasi KPDN turut dibantu orang awam yang menyalurkan maklumat mengenai salah laku dalam kalangan peniaga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...
PERKHIDMATAN 80 PEGAWAI SYARAK DI MASJID TANAH DISAMBUNG
KUALA LINGGI 14 Januari - Seramai 80 pegawai syarak di Parlimen Masjid Tanah menerima surat penyambungan tugas bersempena Program Wakil...
MELAKA BINA 323 RUMAH MESRA RAKYAT TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 14 Januari - Sebanyak 323 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di setiap daerah dalam Negeri Melaka...
MELAKA ADAKAN JELAJAH ‘TOWN HALL’ DI SETIAP IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan jelajah 'town hall' di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di...