KPDN Melaka anjur 386 Jualan Rahmah

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PENGKALAN BATU 16 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, akan terus mempergiatkan pelaksanaan Jualan Rahmah di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, usaha itu adalah untuk membantu rakyat khususnya golongan B40 mendepani perubahan kos sara hidup pada masa kini.

“Terdapat dua pelaksanaan iaitu Jualan Rahmah dan Jualan Rahmah Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), menerusi jualan ini kira-kira 24 jenis barangan keperluan asas ditawarkan kepada pengguna dengan potongan harga lebih rendah berbanding pasaran.

“Sehingga Jun, sebanyak 386 lokasi telah dan bakal dianjurkan Jualan Rahmah ini selain sempena Hari Raya Aidiladha, kita anjurkan Jualan Rahmah Mantai Aidiladha sejak Jumaat di lapan lokasi terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan keberadaan barangan keperluan asas sempena Hari Raya Aidiladha di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan.

Menurutnya Norena, sempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha juga, KPDN amat komited dalam memastikan rantaian bekalan barangan keperluan asas dan kawalan terkawal ini bagi mengelakkan pengguna berdepan kesulitan.

“Kita menempatkan pasukan penguatkuasa di lokasi-lokasi strategik antaranya pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah ini bagi memastikan setiap aduan diterima disiasat dalam tempoh 24 jam.

“Sehingga kini tiada aduan direkodkan berkaitan kekurangan barangan keperluan asas serta barang kawalan terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

275
Kongsi :
Previous post Menang Proton X50, rezeki ‘Aidiladha’ remaja baru dapat lesen
Next post Peniaga kebab menang Y15ZR selepas beli hadiah untuk isteri
Ubah saiz-+=