
Korban Perdana Mualaf MAIM tumbang 8 lembu, 4 kambing
KESIDANG 18 Jun – Penganjuran Program Korban Perdana Mualaf Negeri Melaka kali ke-12 tahun ini berlangsung meriah apabila sebanyak 12 ekor haiwan korban termasuk empat ekor kambing dikorbankan.
Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad berkata, program korban itu bukan sahaja membabitkan agensi agama itu tetapi beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Persatuan Anak-Anak Sabah Melaka (PASMA) dan Persatuan Dayak Muslim Melaka (PDMM).
“Ini adalah program tahunan yang kita adakan sejak 2010 apabila tibanya Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah setiap tahun kita mendapat sokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan program korban perdana ini.
“Tahun ini sebanyak lapan ekor lembu dan empat ekor kambing dikorbankan untuk kita agihkan kepada kira-kira 400 mualaf,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di Kompleks Darul Huda, Balai Islam, di sini.
Program itu turut dihadiri Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis dan Penolong Setiausaha Balai Islam, Ustaz Mohd Nasir Wahab.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MANTAI AIDILFITRI DUYONG MERIAH, PELBAGAI BARANGAN DIJUAL MURAH
DUYONG 29 Mac - Seawal jam 6.30 pagi, orang ramai telah memenuhi tapak parkir Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, di...
PENIAGA PUKUL LELAKI DENGAN HELMET DITAHAN, PERSELISIHAN FAHAM ATAS JALAN JADI PUNCA
PAYA RUMPUT 29 Mac - Perselisihan faham di atas jalan raya dipercayai menjadi punca seorang lelaki dipukul dengan topi keledar...
ALOR GAJAH BERSERI, LAMPU RAYA SAMBUT KEPULANGAN PERANTAU
ALOR GAJAH 29 Mac - Daerah Alor Gajah kini semakin bersinar dengan pemasangan lampu hiasan yang menerangi kawasan utama bagi...
BERAS MELAKA MULA DIPASARKAN APRIL
MERLIMAU 29 Mac - Beras putih tempatan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri dan dikenali sebagai Beras Melaka akan mula berada di...
RAKAM VIDEO KEMALANGAN SAMBIL MEMANDU, SAMAN MENANTI
AYER LIMAU 29 Mac - Pemandu yang gemar merakam kejadian kemalangan untuk ditularkan di media sosial ketika mengendalikan kenderaan di...
PEMERIKSAAN KETAT BAS EKSPRES DI DEPOH DAN TERMINAL
AYER LIMAU 29 Mac - Bas ekspres beroperasi sepanjang musim perayaan Aidilfitri akan melalui pemeriksaan sebanyak dua kali iaitu di...