Koperasi kawal perbelanjaan, cari keuntungan – SKM

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 30 Oktober – Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) menunjukkan peningkatan keuntungan sejumlah RM60,000 pada tahun 2021 berbanding hanya RM11,000 pada tahun 2020.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka Mohd Firdaus Shaari berkata pencapaian itu membuktikan KOGMAS sentiasa bergerak aktif dalam meningkatkan keuntungan selain menambah pendaftaran koperasi baharu.

“Saya dapat lihat sebenarnya kita mengamalkan perbelanjaan yang terkawal, tidak kira apa yang dibelanjakan tahun ini sampai hujung tahun perlu dikawal, jangan melebihi bajet.

“Buat masa ini kita tidak dapat memberikan dividen kepada mana-mana koperasi anggota melainkan sumbangan dana sebanyak 10 peratus, tetapi kita berusaha untuk memberi pulangan kepada setiap koperasi.

“Di Melaka sahaja ada sebanyak 448 koperasi, sebab itu saya minta jika KOGMAS ingin berbincang atau tidak jelas mengenai koperasi, boleh berjumpa secara terus dengan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Logo Baharu, Laman Web serta Menandatangani Surat Perjanjian Antara Rakan-Rakan Niaga dan Usahasama KOGMAS di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi KOGMAS, Zaidan Abd Hadi.

789CDD8E-B41B-4F6E-A36A-6D5B3F9F1387
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka, Mohd Firdaus Shaari berucap pada Majlis Pelancaran Logo Baharu, Laman Web serta Majlis Menandatangani Surat Perjanjian diantara Rakan-rakan niaga dan Usahasama Koperasi Gabungan Masjid-masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) di Hotel Kobemas, Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

Pada majlis itu sebanyak lima rakan strategik menandatangani surat perjanjian melibatkan MJ Manufacturing Sdn Bhd, Ramusson Sdn Bhd, Eco Lestari Ent., CCM Manufacturing & Packaging Sdn Bhd dan Myhallmart Sdn Bhd.

Ujarnya, SKM sentiasa memastikan koperasi sedia ada di Melaka terus menjadi sebuah komuniti koperasi yang bersatu hati dan bukan mencari kepentingan peribadi.

“Kita akan adakan lebih banyak program selepas ini, insya-Allah kita cuba untuk memberi pulangan semula kepada koperasi-koperasi anggota yang ada termasuk memberikan dividen,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2339
Kongsi :
Previous post 24 peniaga dikenakan tindakan sepanjang pelaksanaan harga maksimum musim Deepavali
Next post 356,260 benih ikan dan udang dilepaskan di perairan Melaka
Ubah saiz-+=