Sorting by

×

‘Konvoi kapcai’ satukan belia dan masyarakat

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 Mei – Penganjuran program konvoi motosikal disifatkan sebagai program yang baik dalam menyatukan belia dan pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam berkata, program berkenaan boleh menjadi satu acara yang sihat bukan sahaja dalam memperkukuh hubungan, bahkan mampu membantu dari aspek mental dan emosi sekiranya dibuat dengan tujuan baik.

“Mungkin ramai yang menganggap acara konvoi boleh membahayakan, namun jika ia dirancang dan dianjur dengan baik dari aspek keselamatan dan sebagainya, ia boleh menjadi satu program yang sihat.

“Ini kerana ia berupaya menarik minat golongan belia dan menyatukan mereka bersama masyarakat yang lebih berusia.

“Seperti program konvoi ‘kapchai’ dianjurkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Mata Kucing ini, saya melihat ia dapat memupuk kebersamaan dalam kalangan segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan upacafa ‘flag-off’ Konvoi Kapchai MK 2023 Melaka-Janda Baik di Kampung Mata Kucing, di sini, kelmarin.

347555773_576802407854227_1872376406716504447_n
ANTARA peserta terlibat pada konvoi Melaka ke Janda Baik, Pahang.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Mata Kucing, Saiful Ridhuan Ali berkata, program julung kali diadakan itu mendapat sambutan hangat apabila ia berjaya mengumpulkan 78 peserta berumur dalam lingkungan 20 hingga 76 tahun.

Katanya, melihat kepada sambutan menggalakkan, program berkenaan dicadang untuk diangkat menjadi acara tahunan JPKK berkenaan dalam memupuk semangat muhibah masyarakat di kampung berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5090
Kongsi :
Previous post Bayi perempuan tiga bulan meninggal dunia, polis tahan pengasuh
Next post STL2023: Melaka Titans sedia jadi pencabar
Ubah saiz-+=