
KONTRAKTOR KERUGIAN LEBIH RM460,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
Ketua Polis Pahang Dato’ Sri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 65 tahun itu berminat menyertai skim pelaburan saham selepas menerima pesanan iklan menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali awal September lepas.
Beliau berkata pesara kerajaan itu telah dijanjikan pulangan lumayan iaitu sebanyak 20 peratus bagi setiap modal yang dilaburkan melalui laman web diberikan suspek.
“Dalam tempoh 5 hingga 20 Sept, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM463,792 ke enam akaun diberi suspek.
“Mangsa menyedari dirinya ditipu setelah gagal menghubungi suspek dan tidak dapat mengeluarkan sebarang keuntungan. Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa dan dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...