Sorting by

×

KONTINJEN MUALAF MELAKA CEMERLANG

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 21 Oktober – Kontinjen mualaf Melaka meraih kejayaan membanggakan dalam program Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak, baru-baru ini.

Pencapaian cemerlang itu didahului dalam acara tilawah al-Quran di mana wakil Melaka, Qaseh Khatijah Tan diumum sebagai naib johan, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta medal.

Kecemerlangan itu diteruskan dalam acara sukan badminton yang menyaksikan Rosmah Mahadin dan Nur Annesha Fiqriyyah Edwin muncul johan beregu wanita, manakala beregu lelaki disertai Muhammad Rafee Abdullah dan Muhammad Firdaus Agusto Abdullah meraih tempat ketiga.

Masing-masing membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM1,000 berserta medal dan RM500 berserta medal.

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam satu kenyataan merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen mualaf Melaka yang telah menunjukkan semangat juang tinggi dalam membawa nama Islam.

“Hebat saudara Muslim kita, walaupun masih baharu dalam Islam namun semangat dan jiwa kekebalan Islam itu sangat tinggi.

“Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada saudara Muslim yang lain untuk sama-sama hilangkan rasa malu, kukuhkan iman dan sentiasa menyertai program yang disediakan untuk mereka,” kata kenyataan itu.

Pada Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan kali ini, kontinjen mualaf Melaka yang diketuai Bahagian Balai Islam MAIM disertai seramai 38 orang peserta yang menyertai pertandingan seperti nasyid, tilawah al-Quran, hafazan, pertandingan badminton dan sepak takraw.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1407
Kongsi :
Previous post ‘SATU SUMBANGAN SERIBU MAKNA’
Next post ANCAMAN HARIMAU KUMBANG BIMBANGKAN PENDUDUK
Ubah saiz-+=