
Konsert: Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
KUALA LUMPUR, 2 Feb – Polis membuka kertas siasatan berhubung pengguna TikTok yang menggunakan nama ‘fatinamyralee’ yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai sebuah konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata semalam, polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Sehingga kini percakapan saksi telah dirakam dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini.
“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan malam ini (tadi).
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...
BENTUK MAHASISWA HARUMKAN NAMA MASJID TANAH
LENDU 16 Mac - Lebih 200 penuntut universiti diraikan pada program Meet & Iftar Mahasiswa Masjid Tanah berlangsung di sebuah...
AHLI KRT BERGOTONG-ROYONG SIAPKAN BUBUR LAMBUK
DUYONG 16 Mac - Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari 10 KRT bergotong-royong menyiapkan 15 kawah bubur lambuk bersempena Program...