Kongsi nikmat Ramadan bersama pelajar asnaf

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 26 Mac – Diraikan pada majlis berbuka puasa di hotel dan menerima duit raya, dianggap sebagai nikmat Ramadan, sekali gus mengukir senyuman di bibir pelajar-pelajar ini yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan.

Seramai 150 peserta terpilih untuk diraikan pada Program Ramadan Maidatur Rahman – Barakah Ramadan Bersama Pelajar Asnaf Tingkatan Lima berlangsung di sebuah hotel, di sini, semalam.

Terdahulu, program disempurnakan Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Mohd Hairulamin Mohd Sis.

Ef7c5d47 90bb 44a4 Bf2a 8505f66021d9
Muhammad Muhaimin

Bagi Muhammad Marzuqi Muhammad Nizam, 17, berasa amat bersyukur atas jemputan dan dipilih untuk mengikuti program berkenaan yang dianggapnya sebagai amat istimewa.

Remaja ini berkata, sumbangan diterima akan digunakan untuk menyediakan barangan keperluan bapanya yang kini sedang diuji dengan masalah buah pinggang kronik.

“Selepas disahkan menghidap masalah kesihatan itu ayah tidak boleh lagi bekerja, ketika ini perbelanjaan keluarga kami banyak bergantung kepada sumbangan MAIM.

“Malah untuk mencari wang lebih untuk raya nanti saya bekerja sambilan di bazar Aidilfitri, tidak disangka pada majlis ini saya mendapat sumbangan kuih dan duit raya. Sememangnya sumbangan ini besar maknanya,” katanya.

Sementara itu Muhammad Muhaimin Muhamad Rashidee Danny, 17, berkata dapat berbuka di hotel dianggap sebagai pengalaman istimewa buat dirinya meskipuan ia mungkin menjadi kebiasaan bagi orang lain.

“Nikmat seperti bukan semua orang dapat rasa, alhamdulillah rezeki saya dapat berkumpul beramai-ramai untuk berbuka puasa dalam suasana agak meriah.

“Dengan sumbangan duit raya diberikan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban ayah dalam menyediakan keperluan raya kepada saya,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, selain MAIM dia turut berterima kasih kepada semua pembayar zakat kerana tanggungjawab yang dilaksanakan itu membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

218
Kongsi :
Previous post MAIM bentuk, bimbing anak asnaf
Next post Pembayar zakat fitrah RM14, RM21 meningkat
Ubah saiz-+=