Sorting by

×

Kongsi idea Belanjawan 2022 Negeri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

 

DAK MAT

TIDAK lama lagi kerajaan negeri bakal membentangkan bajet atau belanjawannya.

Belanjawan amat penting sebagai penyataan anggaran hasil dan perbelanjaan masa hadapan yang akan digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara untuk keperluan rakyat.

Tidak hairan ‘Tok Leman’ mahu rakyat Melaka tidak ketinggalan memberikan pandangan untuk diperhalusi dalam menyediakan Belanjawan 2022.

Kaedah sama juga beliau gunakan tahun lalu kerana mengiktiraf pandangan segenap lapisan masyarakat penting bagi kerajaan negeri.

Jadi, orang Melaka segeralah sahut dan kongsikan idea anda di Facebook rasmi ketua menteri.

Sama-samalah kita beri pandangan untuk membina semula ekonomi dan kemakmuran negeri yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Bagi Mat pandangan rakyat yang mewakili kelompok B40, M40 dan T20 ini jika digabung dengan input pakar ekonomi, sektor industri, penggiat industri pelancongan, golongan peniaga serta rakan strategik daripada pembangkang pastinya membuahkan sesuatu yang bernas.

Mat juga tertarik kata-kata ‘Tok Leman’ bahawa pendapat orang ramai menjadi nadi dan kunci kemakmuran negeri Melaka.

Rugilah jika kita tidak bersama-sama kerajaan negeri. Siapa tahu idea anda terpilih dan diangkat pembentangan belanjawan itu nanti.

Justeru, sambutlah pelawaan Tok Leman ini supaya perancangan beliau untuk menyediakan ‘Bajet Rakyat’ yang benar-benar inklusif dan selaras Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 tercapai.

Dak Mat: Belanjawan impian rakyat

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

625
Kongsi :
Previous post Malaysia perlu tangani isu penduduk menua, kekurangan dana persaraan- pakar
Next post Manfaatkan pembukaan semula sektor pelancongan Melaka
Ubah saiz-+=