Sorting by

×

Kongsi cerita Orang Asli Temuan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 23 Julai – Gerai pameran Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Alor Gajah dan Jasin (PKOAD) antara yang paling mendapat perhatian pelancong tempatan dan asing singgah ke Festival Masakan Warisan Melaka 2023 di Perkarangan Muzium Rakyat, di sini.

Penyelia PKOAD di festival itu, Azmi Sukene berkata, ramai pelawat yang singgah kerana tertarik dengan bahan pameran disediakan dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai orang Temuan dikatakan suku keempat terbesar di dalam hierarki masyarakat Orang Asli.

Azmi berkata, antara soalan popular ditanya adalah nama jenis makanan dan gaya hidup orang Temuan, malah ramai memuji masyarakat Orang Asli sebagai kreatif berdasarkan kepada bahan yang dipamerkan.

“Pada pameran ini, PKOAD membawakan makanan tradisi masyarakat Orang Asli Suku Temuan yang kebanyakan tinggal di penempatan sekitar Alor Gajah dan Jasin.

“Antara makanan yang dibawakan seperti ayam dalam buluh, sambal bunga kantan dan ayam bakar daun semomok,” katanya ketika ditemui di festival terbabit.

Mengulas lanjut, Azmi berkata pihaknya turut membawa buah-buahan, hasil hutan dan produk kraftangan dihasilkan masyarakat Orang Asli.

“Antara produk yang dibawa ke tapak festival ini adalah buluh sudah diraut dan kebiasannya dijadikan tiang asas untuk pondok masyarakat Orang Asli.

“Turut dipamerkan, hasil kraf seperti gubahan bunga menggunakan daun nipah, daun langkap dan daun kelapa yang mana kebanyakan produk ini adalah simbolik bagi perkara menyentuh aspek perkahwinan, pertunangan, kematian, mengingati mereka sudah meninggal dunia dan individu bukan Muslim,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1754
Kongsi :
Previous post Teochew Poong Tor, kuih bawa ‘ong’
Next post Nahas helikopter: Bomba sedang jalankan siasatan dalaman
Ubah saiz-+=