
Kongres tahunan PKR pada 20 Jun
KUALA LUMPUR 16 Jun – Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2020 yang ditangguhkan sebelum ini akan diadakan Ahad ini.
Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Pengarah Kongres Nasional berkata, kesemua 2,000 perwakilan akan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom di kediaman masing-masing, bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang.
Beliau berkata keputusan berkenaan diambil parti selepas merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 9 Jun lalu.
“(Sementara itu) Dalam surat daripada RoS kepada PKR pada 21 Mei lalu, parti diberikan masa sehingga 30 Jun untuk melaksanakan kongres,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Nik Nazmi, kongres itu akan memfokuskan isu ekonomi, kesihatan dan pemulihan demokrasi.
Pada 5 Jun lalu, Nik Nazmi dilapor berkata PKR telah menerima surat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan makluman lisan daripada RoS, masing-masing pada 4 Jun yang mengarahkan kongres itu ditangguhkan.
Persidangan Kongres Nasional Wanita PKR dan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan selesai diadakan secara maya, masing-masing pada 4 dan 5 Jun lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...