Kongres MUSA: Sulaiman selesai mengundi
BANDA HILIR 20 Dis. – Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi kepimpinan pengurusan baharu badan induk bola sepak itu sempena Kongres ke-65 hari ini.
Majlis yang diadakan di Hotel Hatten, di sini itu disertai seramai kira-kira 80 perwakilan untuk mengundi jawatan naib presiden dan barisan exco baharu MUSA.
Terdahulu, Sulaiman tiba di perkarangan hotel berkenaan kira-kira jam 3 petang.
Kehadirannya disambut Timbalan Presiden MUSA Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dan kepimpinan besar yang lain.
Untuk rekod, pada kongres kali ini, seramai enam individu menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden untuk mengisi kuota bagi kerusi terbabit.
Manakala, bagi jawatan ahli jawatankuasa yang menyediakan lapan tempat telah ditandingi seramai 16 individu.
Menurut perlembagaan, Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka secara automatik menjawat jawatan Presiden MUSA dan jawatan tersebut tidak akan dipertandingkan.
Namun jika beliau tidak berminat, beliau boleh menamakan sesiapa sahaja yang layak untuk menduduki kerusi nombor satu itu.
Selain itu jawatan Timbalan Presiden MUSA juga kekal menjadi milik Mohd Yusof selepas beliau tidak dicabar mana-mana pihak pada kongres kali ini.
Views:
Related
Berita Lain
NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 22 Januari - Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari...
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah...
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...