Sorting by

×

Komuniti India di hati Ketua Menteri

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KESEJAHTERAAN masyarakat India di negeri ini tidak pernah diketepi atau dipinggirkan malah menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi komuniti itu.

Datuk M.S Mahadevan berkata, walaupun populasi India di negeri ini hanya 50,000 orang tetapi perhatian yang diberikan pihak kerajaan negeri terutamanya Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali membuatkan komuniti tidak rasa terpinggir.

Menurut beliau, dalam lawatan Ziarah Kasih, Sulaiman bukan hanya turun padang seawal lima pagi untuk berjumpa masyarakat Melayu, malah turut meluangkan masa berkunjung dan bertanya khabar dan masalah kaum lain termasuk India dan Cina.

“Setiap kali kami berjumpa perkataan pertama yang akan ditanya beliau kepada saya adalah apakah masalah yang dihadapi masyarakat India, apa yang saya sudah lakukan untuk selesaikan masalah serta apa yang kamu perlu saya tolong. Ini adalah antara-antara yang beliau akan tanya.

“Malah memandangkan waktu ini juga tiada EXCO khas untuk mewakili masyarakat India, beliau melantik saya sebagai Setiausaha Khas (Hal Ehwal Masyarakat India) kepadanya dalam memainkan peranan serta dipertanggungjawab untuk membantu dalam hal berkaitan masalah masyarakat India,” katanya.

Mahadevan berkata, setiap permasalahan dan aduan diterima yang kemudiannya dibawa untuk dibincangkan dengan pihak kerajaan negeri turut mendapat reaksi dan tindak balas positif dalam mencari jalan penyelesaian.

Views:

510
Kongsi :
Previous post Belia Komuniti India perlu rebut peluang
Next post TYT serikan pusingan akhir Pidato Rukun Negara di MITC
Ubah saiz-+=