Sorting by

×

Kompleks Japerun berpindah ke Pekan Merlimau

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

DURIAN TUNGGAL 5 Oktober – Kompleks Japerun Merlimau akan dipindahkan ke Pekan Merlimau sebagai lokasi pentadbiran baharu, sekali gus memberikan akses yang lebih mudah dan keselesaan kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, bangunan balai polis lama di pekan berkenaan akan dinaik taraf sebagai Kompleks Japerun Merlimau yang baharu dan dijangka beroperasi menjelang November depan.

“Alhamdulillah, bangunan itu sekarang sedang dinaif taraf, setelah bertahun lamanya sejak saya kecil ia terbiar, selepas ini ia kekal sebagai Kompleks Japerun Merlimau yang baharu buat warga Merlimau.

“Kedudukannya yang strategik di dalam kawasan Pekan Merlimau diyakini mampu memudahkan rakyat untuk datang berurusan dengan pentadbiran peringkat DUN Merlimau,” katanya.

Beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata demikian pada sidang media selepas Program Pelepasan Benih Ikan dan Udang Galah di Perairan Sungai Melaka di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leon serta Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd Fauzi Salehon.

Menurutnya, Kompleks Japerun sedia pula akan dijadikan sebagai Kompleks Penghulu bagi memudahkan pentadbiran Penghulu di DUN Merlimau.

“Apabila ia dijadikan Kompleks Penghulu ini akan menjadi satu kemudahan buat Penghulu di Merlimau kerana sebelum ini mereka bertebaran malah pejabat pun tiada, jadi bangunan sedia ada ini saya cadangkan boleh dijadikan sebagai Kompleks Penghulu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9411
Kongsi :
Previous post Kurangkan keluasan getah matang tidak bertoreh, tingkatkan pekebun kecil
Next post Cadang taja caruman Perkeso untuk pekebun kecil
Ubah saiz-+=