Sorting by

×

KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 14 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan tidak mengambil suntikan tifoid.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman memberikan peringatan tegas itu kerana pihaknya mengesan segelintir peniaga Pasar Ramadan dalam kawasan pentadbirannya yang masih tidak berbuat demikian.

“Jika didapati tidak mengambil suntikan tifoid kami akan mengeluarkan kompaun berjumlah RM250 bagi setiap individu, ada yang memberikan alasan perniagaan adalah milik ibu selain sekadar membantu sahaja.

“Kami juga melaksanakan pemantauan di beberapa Pasar Ramadan sekitar Melaka Tengah (kawasan pentadbiran MBMB) dan telah mengenal pasti beberapa peniaga yang tidak mempunyai suntikan tifoid,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Secara keseluruhan sebanyak 21 Pasar Ramadan dan dua Bazar Aidilfitri telah diputuskan oleh MBMB bagi Ramadan kali ini yang beroperasi dari jam 5 petang hingga 8 malam.

Antara senarai Pasar Ramadan di bawah pentadbiran MBMB adalah di Jalan Solok Pantai Peringgit; Taman Cempaka; Tempat Letak Kereta Jalan Klebang Besar di Kampung Balik Buluh; Taman Kesidang Seksyen 2/24; Taman Bertam Perdana; Taman Pandan Malim, Balai Panjang; Taman Bertam Jaya; Jalan CP1, Jalan Cheng Perdana; Batu 7 1/2 Kampung Paya Rumput; Taman Rambai Utama.

Selain itu, ia turut membabitkan kawasan Taman Rambai Jaya; Kawasan Perindustrian Taman Krubong Jaya; Jalan Lama Taman Krubong Permai; Jalan Utama Hadapan Sekolah Telok Mas; Tapak Pasar Malam Paya Ikan; Taman Semabok Perdana; Tapak Pasar Malam Duyong; Jalan Taman Terendak Permai, Sungai Udang; Jalan Kejora 2, Taman Tanjung Minyak Perdana; Persimpangan Paya Dalam dan Pentas Budaya, Pantai Puteri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
Next post SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN