
‘Kompaun raya’ RM60,000
SEBERANG PERAI 14 Mei – Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM60,000 kepada 11 individu yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah rumah tumpangan di Kepala Batas awal pagi tadi, menurut laporan Kosmo! Online hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, berkata, semasa pemeriksaan kira-kira pukul 2 pagi itu, pihaknya mengeluarkan kompaun sebanyak RM20,000 kepada pemilik premis tersebut.
“Ini kerana pemilik berusia 40 tahun itu didapati gagal mengawal kemasukan pelanggan di dalam premis sehingga menyebabkan kesesakan.
“Selain itu, kompaun sebanyak RM4,000 masing-masing dikenakan kepada 10 pelanggan lelaki berusia 20 hingga 40 tahun kerana tidak mengimbas kod QR MySejahtera dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam pada itu, Noorzainy berkata, secara keseluruhannya, pihaknya mengeluarkan sebanyak 18 kompaun semalam selepas orang ramai didapati gagal mematuhi SOP PKP 3.0.
“Dua lelaki berusia 61 dan 66 tahun ditahan di sekatan jalan raya Sungai Nyior, Butterworth kerana cuba merentas negeri dari Sungai Petani, Kedah tanpa surat kebenaran.
“Selain itu, lima lelaki berusia 23 hingga 35 tahun yang berkumpul di tempat awam di Bagan Ajam, Butterworth tanpa mengamalkan penjarakan fizikal turut dikompaun,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
