Sorting by

×

KOLEJ KOMUNITI JASIN JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN PENGAMAL MEDIA

Masa Membaca:42 Saat

BUKIT KATIL 1 Mac – Kolej Komuniti Jasin (KKJS) telah mengadakan Program Sembang Santai bersama pengamal media Negeri Melaka, di sebuah kafe, di sini, semalam.

Program itu membabitkan barisan pengurusan KKJS dengan pengamal media daripada pelbagai agensi di negeri ini.

KKJS dalam satu kenyataan memaklumkan, program julung kali diadakan itu adalah bermatlamat bagi mengenali pengamal media dengan lebih dekat.

Pada masa sama, ia juga bertujuan mengatur hubungan kerjasama strategik, sekali gus menaikkan imej Kolej Komuniti Jasin.

Terdahulu, program tersebut telah dihadiri Pengarah KKJS, Sr. Mohamad Kelana Juwit.

Turut bersama, Timbalan Pengarah Pengurusan KKJS, Rabi’atul Adawiyah Ismail; Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK), Nor Azilah Azmil dan Pegawai Penerangan KKJS, Dr. Nur Aishah Zainal.

Manakala, antara agensi media yang turut serta adalah dari Sinar Harian, Malaysia Gazette, Utusan Malaysia, Berita Harian, Astro Awani dan Kosmo.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post FAMA MELAKA SASAR NILAI JUALAN RM8 JUTA TAHUN INI
Next post MANFAAT JUALAN MURAH SEBAGAI PERSIAPAN RAMADAN