Sorting by

×

KOLEJ KOMUNITI JASIN JAGUH SEPAK TAKRAW

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

JASIN 12 April – Kolej Komuniti Jasin (KKJS) melakar kejayaan cemerlang apabila merangkul Anugerah Pasukan Terbaik bagi sukan sepak takraw pada Anugerah Sukan Kolej Komuniti Malaysia 2024 (ASKK).

Pasukan yang diketuai Mohd Azuan Ali itu mencatat pelbagai kejayaan cemerlang, sekali gus mengharumkan nama KKJS dan Negeri Melaka dalam sukan berkenaan.

Pengarah KKJS, Sr. Mohamad Kelana Juwit menyifatkan kemenangan itu sebagai titik tolak untuk mengorak langkah lebih jauh lagi dalam arena sukan takraw.

“Sudah semestinya seluruh warga KKJS berasa teruja dengan kemenangan ini dan semakin bersemangat untuk mencipta pelbagai kejayaan lagi pada masa akan datang.

“Bukan hanya dalam sukan sepak takraw malah dalam pelbagai jenis sukan lain lagi pada masa akan datang,” katanya pada Anugerah Sukan Kolej Komuniti Malaysia 2024 (ASKK) yang berlangsung di Klana Resort, Seremban, kelmarin.

Menurut beliau, kejayaan tersebut merupakan antara anugerah paling cemerlang dan berprestij diterima KKJS terutama dalam bidang sukan, di mana ia melibatkan peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam kalangan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.

“Kecemerlangan ini sekali gus memberi satu sumber inspirasi kepada KKJS untuk terus mengorak langkah dalam memartabatkan sukan sepak takraw pada masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, ASKK diadakan bermatlamat untuk mengiktiraf para atlet yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam arena sukan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Antara kolej komuniti lain yang menerima anugerah pada ASKK 2024 adalah Anugerah Olahragawan Kolej Komuniti (Kolej Komuniti Sandakan), Anugerah Olahragawati Kolej Komuniti (Kolej Komuniti Kuala Terengganu), Anugerah Ikon Sukan Kolej Komuniti -Alumni (Kolej Komuniti Tawau), Anugerah Jurulatih Sukan Terbaik (Kolej Komuniti Rompin), Anugerah Pengurus Sukan Terbaik (Kolej Komuniti Paya Besar), Anugerah Pengantarabangsaan Sukan (Kolej Komuniti Kok Lanas), Anugerah Khas Penyelaras Sukan Cemerlang (Kolej Komuniti Paya Besar) dan Anugerah Khas Pegawai Belia Dan Sukan (Kolej Komuniti Langkawi).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

413
Kongsi :
Previous post ASAHAN SEJAHTERA, APLIKASI PINTAR PACU TRANSFORMASI DIGITAL ORANG KAMPUNG
Next post JANAAN SISA PEPEJAL DI MELAKA MENINGKAT SEPANJANG RAMADAN