Sorting by

×

Kolej Komuniti jadi pilihan

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

KOTA MELAKA 12 Oktober – Meskipun menyedari banyak platform termasuk media sosial yang boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan pengetahuan dalam bidang kecantikan namun bagi Nurul Yasmin Zulkifli, kemahiran dan ilmu secara bersemuka tetap menjadi pilihan.

Bagi merealisasikan impian untuk bergelar jurusolek profesional, gadis berusia 19 tahun yang berasal dari Paya Rumput, di sini, nekad memilih Kolej Komuniti Kota Melaka (KKKM) seabgai medan dia menimba ilmu dan kemahiran.

Dia yang mengambil jurusan Sijil Kecantikan dan Spa berkata, selepas bergelar pelajar KKKM pada Oktober lalu banyak yang dipelajarinya mengenai bidang kecantikan yang mempunyai beberapa cabang.

“Mungkin sebelum ini apabila orang sebut kecantikan yang digambarkan berfokuskan wajah sahaja tetapi ia mempunyai cabang lain yang kita perlu beri perhatian. Apa yang lebih menarik kami di sini banyak diberi pendedahan.

“Kemahiran dan ilmu yang dikongsi oleh pensyarah banyak membantu ditambah dengan latihan amali diluar kolej membuatkan saya rasa bertuah bergelar pelajar di sini. Jika diikutkan boleh sahaja belajar make up dari Youtube atau media sosial yang lain tetapi tidak sama dengan bersemuka,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penasihat Kolej Komuniti Kota Melaka yang disertai Pengerusi Panel Penasihat Kolej Komuniti Kota Melaka Datuk Haryaty Hamdzah.

WhatsApp Image 2022-10-12 at 6.23.32 PM (1)
Fatihah Aliyah Jusaidi, 19.

Sementara itu, bagi seorang lagi pelajar KKKM yang mengikuti jurusan Sijil Dandanan Rambut Fatihah Aliyah Jusaidi, 19, berkata, kolej komuniti menjadi pilihannya kerana yakin ia adalah landasan terbaik selepas melihat kejayaan yang dikecapi sepupunya yang juga bekas tenaga pengajar di kolej komuniti sebelum ini.

“Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga tetapi saya nekad ke Melaka ini untuk belajar mengikuti kursus ini selama dua tahun. Allhamdulillah walaupun masih baru lagi tetapi banyak benda yang sudah saya dapat di sini.

“Boleh katakan pelajar setiap jurusan tidak ramai dan ini adalah kelebihan buat kami kerana pensyarah boleh memberi perhatian extra buat pelajar. Malah kami dilengkapi dengan banyak program dan pendedahan dari luar,” katanya.

Ujarnya, Kolej Komuniti seharusnya menjadi pilihan ramai kerana ia bukan hanya mengandungi silibus berbentuk teori malah banyak diberi pendedahan secara amali yang secara tidak langsung dapat mengasah lagi kemahiran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3427
Kongsi :
Previous post 14 mangsa banjir di Jasin dipindahkan
Next post UTeM terima 2,043 pelajar baharu
Ubah saiz-+=