Sorting by

×

Koa Denko tambah nilai pelaburan RM750 juta di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 57 Saat

PENGKALAN BATU 21 Disember – Kilang pembuatan elektronik perintang cip (chip resistor), Koa Denko Malaysia Sdn Bhd dijangka mengembangkan lagi nilai pelaburan di negeri ini dengan pembinaan sebuah lagi kilang di Ayer keroh.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kilang dari Jepun itu telah bertapak di Melaka selama 49 tahun dan hasil pembuatan kilang tersebut telah dipasarkan ke beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Hong Kong, China, Singapura dan Vietnam.

Katanya, sehingga kini kilang terbabit menyumbang 20 peratus jumlah pengeluaran cip bagi membantu perkembangan dalam teknologi baharu.

“Oleh itu Koa Denko mengembangkan pembesaran kilangnya di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh yang akan berikan kepada Melaka, nilai pelaburannya sebanyak RM750 juta.

“Ia menjadikan (jumlah) keseluruhan modal kilang terbabit adalah sebanyak RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan kerja di Kilang Koa Denko di sini hari ini.

Hadir sama, sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCorp), Datuk Mashitah Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad, Datuk Ramli Mohd Ali.

Turut hadir,Pengurus Besar Negeri (Melaka) Jabatan Strategic Engagement Bahagian Regulatory dan Stakeholder Management TNB Khairizam Ibrahim dan wakil dari Kilang Kao Denko, Seiji Ozawa.

photo_2022-12-21_13-06-54
Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan ke Kilang Koa Denko (Malaysia) Sdn Bhd di Batu Berendam. Foto Iqmal Haqim

Ab Rauf berkata, setakat ini kilang tersebut telah mempunyai seramai 823 pekerja melibatkan pekerja tempatan serta asing.

Katanya penambahan kilang itu mampu membuka 2,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

“Kita menjangkakan nilai produksi yang akan keluar dari kilang Koa Denko yang ketika ini RM 180 juta setahun, namun dijangka akan meningkat dan memberikan nilai pengeluaran sehingga RM1 bilion dalam tempoh lima ke enam tahun setelah kilang terbabit siap,” katanya.

Ujar Ab Rauf, kilang itu juga membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk menjadi vendor mesin-mesin yang diguna pakai di situ.

“Dengan pembukaan kilang baharu Kao Denko di Ayer Keroh, bakal menjadikan Melaka sebagai hab logistik produk pembuatan kenderaan elektrik terbesar pada tempoh lima tahun akan datang.

“Kerana produk yang dihasilkan di kilang ini adalah antara komponen penting dalam menghasilkan kereta elektrik, jadi permintaan menjadi semakin tinggi, apabila sekarang ini kenderaan elektrik menjadi pilihan seperti di luar negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4722
Kongsi :
Previous post PU Azman didakwa lagi lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Next post Kanak-kanak lapan tahun lemas di taman tema
Ubah saiz-+=