Sorting by

×

KM, wakil rakyat Melaka bakal dilantik pegawai bersekutu APM

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 3 Okt. Ketua menteri dan wakil rakyat di negeri ini antara dicadang untuk dilantik sebagai pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pengerusi Pegawai Bersekutu Kategori Korporat APM Melaka, Lt Kolonel Bersekutu (PA) Mike Thein berkata, sekiranya ia dapat direalisasikan, Melaka bakal mempunyai pasukan tindakan kecemasan terlatih jika berlaku sesuatu bencana di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, cadangan pelantikan itu bagaimanapun tertakluk kebenaran pusat dan pengarah APM negeri.

“Setiap wakil rakyat ada kawasan masing-masing dan kita akan minta bantuan pejabat APM negeri untuk melatih pasukan masing-masing.

“Sekiranya terjadi apa-apa malapetaka setiap kawasan (sudah) ada bantuan sendiri atau kepakaran,” katanya selepas Sesi Suai Kenal Bersama Pengarah APM Melaka serta Taklimat Seminar Pegawai Kehormat dan Bersekutu Peringkat Kebangsaan malam tadi.

Mike berkata, beliau mengendalikan pegawai bersekutu APM korporat di Melaka.

“Hari ini (malam tadi) saya menjemput hampir 50 orang kalangan korporat dan mereka yang mempunyai harta misalnya kren, lori, kenderaan pacuan empat roda dan jengkaut (diperlukan dalam operasi bencana).

“Mereka ini besar kemungkinan tak tinggi pelajaran tinggi, tapi mereka adalah tokoh korporat.

“Sekiranya terjadi bencana dan kerajaan tidak mampu sediakan alat-alat ini (kemudahan logistik), mereka ini sebagai pegawai bersekutu dapat membantu menyambung bantuan kepada rakyat.

“Sebagai pegawai bersekutu kita kena buat kerjasama tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Katanya beliau yakin cadangan itu dapat direalisasikan dengan bantuan pengarah dan pegawai yang ada biarpun memerlukan sedikit masa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1988
Kongsi :
Previous post Pegawai kehormat, bersekutu duta APM- Cuthbert
Next post ‘Survivor’ COVID-19 Melaka jadi ikon sedarkan masyarakat
Ubah saiz-+=