
KM umum bantuan RM2,000 untuk nelayan
AYER KEROH 9 Dis. – Seramai 1,100 nelayan berdaftar di negeri ini akan menerima bantuan ‘one off’ sebanyak RM2,000 bagi pemilik sampan dan RM250 bagi awak-awak.
Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, bantuan itu diberikan bagi mengurangkan beban ditanggung mereka sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini.
“Kebajikan nelayan menjadi ketuamaan kita lebih-lebih lagi berhubung beban yang mereka alami dalam tempoh pandemik ini.
“Menerusi manfaat ini juga, kerajaan negeri turut memperuntukkan projek bagi memudahkan laluan keluar masuk bot nelayan dengan pelaksanaan projek mendalamkan muara sungai di Sungai Melaka dan Sungai Punggur,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, sebentar tadi.
Views:
Related

Berita Lain
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...