Sorting by

×

KM terima Asasi Pasca Siswazah Pentadbiran Perniagaan KLIEC

Masa Membaca:2 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 19 Julai – Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dianugerahkan sijil Pasca Siswazah Asasi Pentadbiran Perniagaan pada Majlis Makan Malam Antarabangsa Kolej Terhormat (IDCC 2023) Konsortium Pendidikan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIEC), di sini malam tadi.

Ab Rauf yang diwakili isterinya, Datin Seri Zuriyah Abd Aziz menerima pengiktirafan terbabit disampaikan oleh wakil Lembaga Peperiksaan London (LEB), Matthew C. Walton diiringi, Pengerusi KLIEC, Datuk Daud Daros dan Ahli Lembaga Pengarah UTMSpace Services Sdn.Bhd. Prof. Madya Ts. Dr. Morina Abdullah.

Ab Rauf dalam ucapannya berkata, beliau berbesar hati dan berbangga dapat menamatkan pengajian pasca siswazahnya menerusi KLIEC dan akan memastikan pendidikan yang diberikan sepanjang tempoh pengajian itu dimanfaatkan dalam kehidupan sebagai pemimpin.

“Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada KLIEC, UTM Space Services Sdn Bhd, keluarga tercinta dan sahabat-sahabat saya atas dokongan dan dorongan yang tak pernah putus sepanjang perjalanan ini.

“Penghargaan juga diberikan kepada para profesor dan staf di KLIEC kerana bimbingan dan pendidikan yang diberikan benar-benar membentuk pengalaman kepada saya dalam pengajian ini,” katanya ketika berucap menerusi paparan layar pada majlis berkenaan.

IDCC 2023 diadakan di Dewan Perdana Felda, Kampung Datuk Keramat, merupakan acara konvokesyennya sulung telah meraikan seramai 734 graduan yang menerima pentauliahan Sijil Kelayakan Mikro, Sijil Profesional, Diploma Profesional dan Diploma Pascaijazah menerusi pelbagai bidang.

WhatsApp Image 2023-07-20 at 03.13.53
ANTARA tetamu kenamaan yang hadir. Foto kredit Pusat Sumber / Ida

Terdahulu, dalam majlis diadakan itu turut diserikan dengan kehadiran Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman yang tiba pada majlis berkenaan tepat jam 8 malam tadi.

Hadir sama, Pegawai Khas Yang di-Pertua negeri, Datuk Wira Radhuana Salleh, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan, Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Lembaga Pengarah UTMSpace Services Sdn Bhd, Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed serta tetamu lain.

Beberapa graduan lain yang juga anak Melaka turut diraikan dalam majlis itu antaranya, anak kepada Yang di-Pertua negeri, Muhammad Hamka Mohd Ali, anak kepada Ketua Menteri, Al Malek Hussin Ab Rauf, anak kepada Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Muhammad Haiqal Fairul Nizam dan Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

KLIEC merupakan sebuah konsortium pendidikan yang sah dan diluluskan LEB menerusi kerjasama pintar antara UTMSpace Services Sdn Bhd yang bergabung dengan pelbagai institusi pendidikan dan organisasi terkemuka di dunia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1625
Kongsi :
Previous post SMK Krubong rangkul tujuh kemenangan karnival STEM
Next post Pelajar UK prihatin nasib penyu karah Melaka
Ubah saiz-+=