
KM solat sunat Aidilfitri bersama orang Kampung Pulau
TANJUNG BIDARA 22 April – Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ar Razak, Kampung Pulau, di sini, pagi ini.
Ab Rauf bersama-sama lebih 700 jemaah bersama-sama bertakbir sebelum menunaikan solat sunat Adilfitri yang diimamkan Iman II Masjid Ar Razak, Imam Mokhtar Salleh.
Sementara itu bacaan khutbah solat sunat Aidilfitri pula disampaikan oleh Iman I Masjid Ar Razak, Imam Faizal Saari.
Selesai solat sunat Aidilfitri Ab Rauf menjadi tumpuan jemaah apabila ada yang meminta untuk bergambar dan berswafoto bersama Ketua Menteri Melaka Ke-13 itu.

Terdahulu umat Islam mula membanjiri masjid dibina pada tahun 1916 itu seawal jam 7.30 pagi untuk bersama-sama bertakbir dan menikmati keindahan serta kemeriahan pagi 1 Syawal.
Ahli jawatankuasa masjid turut melakukan persiapan awal untuk menampung jumlah jemaah yang ramai berikutan kepulangan perantau ke kampung dengan menyediakan khemah, tikar dan sejadah tambahan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...