Sorting by

×

KM sempurna pelepasan misi bantuan pasca banjir ke Pahang

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

SERI NEGERI 25 Dis – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini menyempurnakan pelepasan peserta misi bantuan pasca banjir kerajaan negeri Melaka ke Pahang, di sini.

Beliau tiba pada jam 8.55 pagi dan diberi penerangan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) selaku ketua misi berkenaan.

Sulaiman dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang bantuan serta agensi yang terlibat.

Beliau turut mendoakan keselamatan peserta pergi dan balik dalam menyampaikan misi bantuan pasca banjir itu.

“Saya suka menasihatkan semua peserta agar menjaga diri baik-baik. Yang penting, pergi selamat balik dan jagalah adab serta mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang menyampaikan misi bantuan itu.

“Insya-Allah niat baik kita menghulur bantuan nanti akan diberikan keberkatan kelak,” katanya.

ANTARA peserta yang menyertai bantuan pasca banjir ke Pahang

Untuk rekod, seramai 50 peserta digerakkan menaiki 18 kenderaan termasuk sebuah treler bagi misi bantuan pasca banjir ke Pahang kali ini.

Peserta itu terdiri daripada pelbagai agensi antaranya MPHTJ, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Majlis Perbandaran, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Melaka Hari Ini (MHI) sekali lagi dipilih menjadi media rasmi bagi misi bantuan kali ini.

Antara penyumbang yang tampil memberikan sumbangan termasuklah syarikat MAMEE, pasaraya besar Mydin, Lion Group dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA).

Selain itu, sumbangan turut diberikan Majlis Datuk-Datuk Melaka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta orang-orang perseorangan.

Sumbangan yang akan diberikan kepada mangsa banjir di Pahang berupa barangan keperluan harian seperti makanan kering, peralatan set pembersihan rumah dan lampin pakai buang dengan nilai keseluruhan berjumlah RM80,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

727
Kongsi :
Previous post The Hidden Via x Sanji, ‘port makan’ tersembunyi di Kota Laksamana
Next post Banjir: Lebih 45,000 mangsa masih berada di PPS pagi ini
Ubah saiz-+=