
KM santuni warga Kampung Orang Asli Lubok Bandung
RIM 12 Sept. – Program Lawatan Ketua Menteri Ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai diadakan sejak awal pagi tadi diakhiri di lokasi terakhir iaitu di Kampung Orang Asli Lubok Bandung, Asahan.
Ketibaan Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali di perkampungan tersebut sekitar jam tiga apetang telah disambut oleh penduduk yang hadir di Balai Raya kampung terbabit.
Program yang dianjurkan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Melaka iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan Kit Makanan Kepada Warga Orang Asli Daerah Jasin 2020
telah telah mengagihkan sebanyak 284 kit makanan kepada golongan terbabit.
Pada program yang mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan kawalan yang ditetapkan itu, seramai enam Tok Batin yang mewakili enam perkampungan Orang Asli di Jasin telah menerima sumbangan barangan keperluan dapur telah disampaikan Sulaiman.
Program yang berlangsung itu sekitar dua jam itu turut dihadiri Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Wira Ghazale Muhamad.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....
PEMANDU MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA LORI
IPOH 10 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar belakang sebuah lagi lori dalam kemalangan di Kilometer...
DOKTOR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DITAHAN SEMULA SUSULAN LAPORAN POLIS KETIGA
GEORGE TOWN 10 Mac - Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap...
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...